Ke arah mempertingkatkan lagi langkah-langkah bagi membendung penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula pada hari ini, Khamis 01 Syaaban 1441H bersamaan 26 Mac 2020M, beberapa buah tamu di Daerah Belait akan ditutup buat sementara waktu sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.