Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Perumahan

BAHAGIAN PERUMAHAN JABATAN DAERAH BELAIT

Fungsi dan Peranan Bahagian dan Unit-Unit :

·         Mentadbir Perumahan Kerajaan di bawah kawalan Jabatan Daerah Belait

 

Carta Organisasi Bahagian dan Unit-Unit

 CARTA BAHAGIAN  PERUMAHAN.png


Perkhidmatan-Perkhidmatan Bahagian/Unit

Menerima dan memproses permohonan-permohonan mendiami Perumahan Kerajaan bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan.

Menyediakan dan menyerahkan surat tawaran dan kunci Perumahan Kerajaan kepada pemohon-pemohon Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang telah disokong untuk mendiami Perumahan Kerajaan melalui Jawatankuasa Peruntukan Perumahan Kerajaan Daerah Belait.

Menerima dan memproses aduan-aduan berkenaan dengan Perumahan Kerajaan.

Menyediakan dan mengeluarkan surat kiraan tunggakan kepada mana-mana penghuni Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang gagal membuat pemotongan gaji/pembayaran sewa Perumahan Kerajaan dan Perkhidmatan Pembuangan Sampah.

Menerima, memproses, membuat lawatan dan laporan bagi penghuni-penghuni Perumahan Kerajaan yang hendak mengosongkan Perumahan Kerajaan.

Menerima dan memproses permohonan penyewaan rumah sewa baru.

Memeriksa dan membuat laporan penyewaan rumah sewa baru kawalan Kementerian-Kementerian lain di Daerah Belait yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Menerima dan memproses permohonan-permohonan mendiami Perumahan Kerajaan bagi golongan kurang berkemampuan (orang awam).

Menyediakan dan menyerahkan surat tawaran dan kunci Perumahan Kerajaan kepada pemohon-pemohon orang awam yang telah disokong melalui Mesyuarat Jawatankuasa Membincangkan Peruntukan Perumahan Kepada Golongan Susah, Kurang Berkemampuan Dan Penduduk Setinggan untuk mendiami Perumahan Kerajaan.

Menyediakan dan mengeluarkan surat kiraan tunggakan kepada mana-mana penghuni Orang Awam yang gagal membuat pembayaran sewa Perumahan Kerajaan dan Perkhidmatan Pembuangan Sampah.

Memproses dan memantau Projek Pengendalian Usahasama dan Bersepadu Jabatan Daerah Belait dan Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Asnaf Zakat) bagi Bantuan Membina dan Membaiki Rumah.

               Memproses dan memantau Bantuan Membina dan Membaiki Rumah bersama pihak Jabatan Perdana Menteri.