Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Pentadbiran dan Kewangan

 UNIT PENTADBIRAN

       FUNGSI DAN PERANAN UNIT PENTADBIRAN

  1. Mengumpul dan mengemaskini Rekod-Rekod Perkhidmatan, Rekod Latihan dan penyata cuti pegawai dan kakitangan didalam fail persendirian dan didalam sistem SSM.
  2. Memproses persuratan-persuratan yang diterima oleh jabatan.
  3. Menyelaras persuratan mesyuarat, acara dan majlis rasmi.
  4. Meyelaras persuratan bagi Peperiksaan / Penetapan / Melanjutkan Tempoh Percubaan bagi Pegawai dan Kakitangan.
  5. Menyediakan dan memproses persuratan bagi kebenaran elaun-elaun bagi Pegawai dan Kakitangan.
  6. Memproses pengiklanan jawatan-jawatan kosong dan jawatan guna sama/bukan jawatan guna sama di Jabatan Daerah Belait untuk diiklankan/dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
  7. Menyelaras panggilan telefon atau resepsi dari pihak Kementerian/Jabatan/Syarikat Swasta dan orang ramai
  8. Menyambut / melayan tetamu yang berurusan dengan Jabatan
  9. Merancang, menyelaras, menjadual dan melaksana urusan pencalonan, pemilihan dan pemprosesan pegawai dan kakitangan yang mengikuti kursus-kursus.


UNIT KEWANGAN

       FUNGSI DAN PERANAN UNIT KEWANGAN

  1. Memantau peruntukan-peruntukkan dan perbelanjaan jabatan
  2. Mempastikan peruntukkan yang digunakan bersesuaian dengan tajuk yang dibenarkan
  3. Menyediakan rang pebelanjaan tahunan jabatan
  4. Menyelia dan memantau tugas-tugas harian unit kewangan
  5. Menyediakan laporan kutipan dan tunggakan hasil
  6. Memproses elaun-elaun pegawai dan kakitangan jabatan
  7. Bertanggungjawab ke atas pembelian barang-barang kegunaan pejabat
  8. Mengawal keluar masuk barang-barang yang dibekalkan


UNIT PERUMAHAN

       FUNGSI DAN PERANAN UNIT PERUMAHAN

  1. Pengurusan Perumahan Kerajaan dibawah kawalan Jabatan Daerah Belait.
  2. Menerima dan memproses permohonan-permohonan mendiami Perumahan Kerajaan bagi Pegawai dan Kakitangan Kerajaan.
  3. Menyediakan dan menyerahkan surat tawaran dan kunci Perumahan Kerajaan kepada pemohon-pemohon Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang telah disokong untuk mendiami Perumahan Kerajaan melalui Jawatankuasa Peruntukan Perumahan Kerajaan Daerah Belait.
  4. Menerima dan memproses aduan-aduan berkenaan dengan Perumahan Kerajaan.
  5. Menyediakan dan mengeluarkan surat kiraan tunggakan kepada mana-mana penghuni Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang gagal membuat pemotongan gaji/pembayaran sewa Perumahan Kerajaan dan Perkhidmatan Pembuangan Sampah.
  6. Menerima, memproses, membuat lawatan dan laporan bagi penghuni-penghuni Perumahan Kerajaan yang hendak mengosongkan Perumahan Kerajaan.
  7. Memeriksa dan membuat laporan penyewaan rumah sewa baru kawalan Kementerian-Kementerian lain di Daerah Belait yang diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.