Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

PENUTUPAN SEMENTARA BEBERAPA BUAH TAMU DI DAERAH BELAIT


Ke arah mempertingkatkan lagi langkah-langkah membendung penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan demi kesejahteraan dan keselamatan orang awam, serta berpandukan kepada nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula pada hari ini, Khamis 01 Syaaban 1441H bersamaan 26 Mac 2020M, beberapa buah tamu di Daerah Belait akan ditutup  buat sementara waktu sehingga ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.


Tamu-tamu yang terlibat adalah seperti berikut:-

1. Tamuneka Sungai Bera, Seria, Daerah Belait yang beroperasi setiap hari Isnin dan Rabu; 

2. Tamuneka Kawasan Letak Kereta Pasarneka, Seria, Daerah Belait yang beroperasi setiap hari Khamis dan Jumaat;  dan

3. Tamuneka Kawasan Letak Kereta Pasarneka, Jalan Bunga Simpur, Kuala Belait yang beroperasi setiap hari Sabtu dan Ahad.


Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Daerah dan Jabatan-Jabatan Bandaran memohon kerjasama penjaja-penjaja tamu dan orang ramai agar mematuhi ketetapan yang dibuat oleh pihak kerajaan ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Daerah Belait di talian 3348046 atau 3348049 dan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria di talian 3330780 semasa waktu bekerja.

-TAMAT-


Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam

01 Syaaban 1441H / 26 Mac 2020M



Siaran Akhbar 26032020 Penutupan Sementara Beberapa Buah Tamu di Daerah Belait Final-page-001.jpg

Attachments
Created at 12/12/2018 12:34 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 30/03/2020 11:35 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad