Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASSALAM DI DAERAH BELAIT

Picture10.png

Kuala Belait – 12 Disember – Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam hari ini diadakan diseluruh negara secara serentak di keemapt-empat daerah. Bagi Daerah Belait sambutan ini diadakan di Padang Bandaran, Kuala Belait. Hadir selaku tetamu khas ialah Yang Mulia, Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Timbalan Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran olehYang Mulia Awang Haji Mohd Kharuddin bin Marajah/Meraji, Johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Belait & Peserta Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1438H/2016M.

Majlis juga diserikan dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Yang Mulia, Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Pembangunan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam dan juga Persembahan Dikir Marhaban yang dipersembahkan oleh gabungan Pegawai-Pegawai Masjid & Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Daerah Belait.

Pada majlis tersebut Tetamu Khas juga diperkenalkan kepada Ketua-Ketua Pasukan dan seterusnya menyampaikan Sijil Penyertaan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Seramai 45 buah pasukan yang mengandungi lebih kurang 3,600 orang peserta telah menyertai sambutan maulud ini.

Sebelum perarakan mengelilingi Pekan Belait dimulakan Bacaan Doa Selamat dan Seruan Tiga Kali Selawat dipimpin oleh Imam Haji Mohd. Alias bin Bakar, Imam Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

***** Perarakan sejauh 3.4 kilometer dimulai dari Padang Bandaran, seterusnya melalui Jalan Maulana dan memasuki Jalan Panglima, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato Shahbandar, Jalan Sultan dan seterusnya perarakan berakhir Padang Bandaran.

Semasa pasukan-pasukan perarakan mengelilingi Pekan Belait, persembahan tausyeh diadakan di pentas persembahan.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Haji Haris bin Othman, Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Serudin bin Haji Timbang, Pengarah Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Jabatan Kerajaan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Pengurus-Pengurus dan Wakil Pengurus-Pengurus Syarikat Swasta, Persatuan-Persatuan serta peserta-peserta perarakan.

Sementara itu di Dewan Persidangan Kuala Belait diadakan Perhimpunan Wanita Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam Peringkat Daerah Belait, Tahun 1438H/2016M. Hadir selaku tetamu khas ialah Yang Mulia, Pengiran Datin Hajah Juraidah binti Pengiran Haji Hidup, Isteri Timbalan Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia, Dayang Hajah Norzirwatul Fadhilah binti Haji Puteh daripada Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait dan sesudah itu ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia, Dayang Rohhaslinda binti Haji Yahya, Pengerusi Majlis.

Dalam majlis tersebut beberapa persembahan yang bersempena dengan sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam turut dipersembahkan oleh Guru-Guru Ugama Daerah Belait, Persatuan-Persatuan Wanita Daerah Belait serta Biro-biro Wanita Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Muslimah-Muslimah Masjid Daerah Belait.

Di majlis tersebut juga turut diadakan ceramah yang bertajuk "Berwawasan Yang Berkat dengan Bercontoh kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam", disampaikan oleh Yang Mulia, Ustazah Siti Noraziah binti Haji Asli, Penceramah Tetap, Pusat Dakwah Islamiah.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Dayang Surayah binti Haji Md Salleh, Isteri Pegawai Daerah Belait, Dayang Hajah Hajijah binti Haji Moktal, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ketua-Ketua dan isteri Ketua-Ketua serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan dan Cawangan Jabatan Kerajaan Daerah Belait, Isteri Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Pegawai-Pegawai Kanan Syarikat - Syarikat Swasta, Persatuan-Persatuan wanita serta Biro-Biro Wanita Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Muslimah Masjid Daerah Belait.

Merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya.

Firman Allah Ta'ala:
"Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur'an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan."
(Surah Al-A'araf, ayat 157).

Tema sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam tahun ini ialah Berwawasan Yang Berkat dengan Bercontoh kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.

Picture6.png
Picture8A.png
Picture3.png
Picture7.png

Created at 14/12/2016 10:29 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 14/12/2016 16:52 by Mohammad Rushdi Bin Jahis