Kuala Belait, 26 Mei - Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatannya Tahun 1443H/2022M diteruskan lagi pada hari ini di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang dan Pemangku Penghulu Mukim Kuala Belait, Yang Mulia Awang Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Yang Mulia Awang Azmi Bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait berserta penduduk Kampung sekitarnya.
Majlis dimulakan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan wakaf yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri kepada Yang Mulia Awang Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.












Majlis diteruskan dengan majlis bacaan Tadarus Al-Quran yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait dan kemudiannya diteruskan dengan Bacaan Tahlil. Majlis disudahi dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah.
Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Jabatan-Jabatannya Tahun 1443H/2022M ini merupakan salah satu usaha kementerian dalam mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk-penduduk mukim dan Kampung di Daerah Belait. Aktiviti ini juga adalah merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan kementerian dalam meraih kemanfaatan dan pahala di bulan Ramadhan di samping memakmurkan masjid-masjid berkenaan bersama penduduk-penduduk kampung di keempat-empat daerah.