Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI KE DAERAH BELAIT

IMG_6237 A.jpg

BELAIT, 17 April – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Daerah sebagai Urus Setia Lembaga Pengelola Majlis Perundingan Mukim dan Kampung akan sama-sama mengesankan kepimpinan akar umbi menerusi Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang menjadi pemangkin kepada pembangunan, kemajuan, dan kesejahteraan masyarakat mukim dan kampung. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga sentiasa menggalakkan usaha di peringkat akar umbi untuk mengembang-majukan program Satu Kampong Satu Produk. Program strategik ini diteruskan dan ditingkatkan dengan penglibatan belia dan penduduk mukim dan kampung ke arah menjana sosio ekonomi dan pendapatan penduduk di negara ini.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini mengadakan lawatan kerja ke Daerah Belait dengan mengadakan muzakarah bersama Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-ketua Rumah Panjang serta wakil Majlis Perundingan Mukim dan Kampung; dan meninjau ke beberapa buah majlis perundingan kampung yang menghasilkan produk-produk Satu Kampung Satu Produk. Lawatan ini juga dimuatkan dengan lawatan ke Rumah Panjang Teraja, dan beberapa kawasan kemajuan  pertanian di Daerah Belait.

IMG_6233 b.jpgIMG_6247 B.jpg

Yang Berhormat Menteri memulakan lawatan kerja di Daerah Belait dengan mengadakan muzakarah bersama Penghulu Mukim dan Ketua Kampung dan wakil Majlis Perundingan Mukim dan Kampung bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait. Muzakarah ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerja antara Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta pemimpin akar umbi bersama-sama pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; memberi dan menerima maklum balas untuk mengenal pasti dan menghuraikan setiap permasalahan atau isu yang menjadi keperihatinan bersama. 

Adalah harapan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, agar Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di seluruh negara amnya, dan di Daerah Belait ini khususnya akan terus meningkatkan usaha memartabatkan majlis-majlis perundingan sebagai satu institusi yang sentiasa bergerak aktif menjana kemajuan, keamanan dan kemakmuran Negara, Mukim dan Kampung.

Rombongan seterusnya membuat lawatan ke Pusat Aktiviti Majlis Perundingan Kampung Mumong. Di pusat aktiviti ini, Biro Wanita Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung telah menghasilkan beberapa produk seperti Sos Cili, Jus Rosella, Kueh Bahulu dan Kek Marble dan juga aktif ikut serta mengikuti jualan samada di dalam dan di luar negara.

Untitled-1 copy B.jpg

IMG_6273 b.jpgIMG_6283 b.jpg

IMG_6276 B.jpg

IMG_6287 B.jpgIMG_6296 B.jpg

IMG_6381 B.jpgIMG_6321 B.jpgIMG_6328 B.jpg

Rombongan seterusnya membuat lawatan ke Majlis Perundingan Kampung Lumut II yang menghasilkan produk Tart Nenas, diusahakan oleh Dayang Hajah Ismah binti Haji Omar dan Majlis Perundingan Kampung Lumut II dengan produk pembuatan tongkat dihasilkan oleh Awang Haji Ishak bin Kassim.

Di sebelah petang, Yang Berhormat Pehin beserta rombongan membuat lawatan ke Rumah Panjang Teraja untuk melihat produk-produk kraftangan yang diusahakan oleh penduduk rumah panjang berkenaan. Yang Berhormat Pehin juga memdengar perkembangan terkini rumah panjang tersebut dari  Fadilah anak Jamit selaku wakil Ketua Rumah Panjang. Rumah panjang ini juga memberikan khidmat kepada pelancong membawa melawat air-air terjun di kawasan Teraja.

IMG_6451 B.jpgIMG_6487 B.jpg

Rombongan seterusnya melawat ke ladang Syarikat Pertanian Tropikal Utama yang dimiliki oleh Awang Yong Khian Fook. Syarikat ini mengusahakan tanaman kopi jenis Arabica dan Robusta. Lebih 15,000 pokok kopi di tanam di ladang dengan keluasan kira-kira 14 hektar.

Yang Berhormat Pehin seterusnya meninjau perkembangan akiviti pertanian di Daerah Belait dengan melawat ke tapak pertanian iaitu Asia Enterprise (AE) seluas 20 hektar terletak di Kampong Merangking yang dimiliki oleh Awang Chai Yum Fatt. Syarikat ini telah memulakan operasi pada tahun 2017 dengan menanam pelbagai jenis buah-buahan menggunakan kaedah penanaman secara teres. Ianya adalah di bawah Projek Rintis Ladang Buah-Buahan di kawasan luar bandar.

Siri lawatan Yang Berhormat Menteri ke daerah-daerah ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama dengan masyarakat ke arah mencapai visi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri iaitu "Masyarakat Bersatu Padu dan Dinamik Ke Arah Negara Brunei Darussalam Yang Selamat dan Sejahtera" dan misi iaitu "Berkerjasama Dengan Masyarakat Untuk Keselamatan Dan Keamanan".

Menyertai rombongan lawatan kerja ini ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah); Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah); Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad; Penolong Pegawai Daerah Belait; Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; dan Pegawai-Pegawai Jabatan Daerah Belait.


Disediakan oleh : Bahagian Perhubungan Korporat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri


Created at 18/04/2019 16:07 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 18/04/2019 17:01 by Mohammad Rushdi Bin Jahis