Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA TADBIR TERTINGGI SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 73 TAHUN BAGI DAERAH BELAIT TAHUN 2019

IMG_6199 a.jpg

Kuala Belait, 10 April – Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 73 Tahun Bagi Daerah Belait Tahun 2019 telah diadakan hari ini di Dewan Santap, Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait.

Hadir untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia, Awang Ridzuan Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Belait. Hadir sama Ahli-Ahi Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang / Pemangku Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Md Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi / Ketua Kampung Labi I. Turut hadir ialah Ketua-ketua Jabatan dan Cawangan di Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Pengerusi-Pengerusi Acara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-73 Tahun Bagi Daerah Belait Tahun 2019.

Mesyuarat dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa diketuai oleh Yang Mulia, Ketua Pegawai Ugama, Daerah Belait dan seterusnya ucapan alu-aluan dari Pemangku Pegawai Daerah Belait.

 IMG_6207 A.jpg

Dalam ucapan tersebut menyatakan bahawa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang diadakan setiap tahun merupakan acara kebangsaan yang menjana semangat patriotism berpemerintahan beraja kerana ianya melibatkan rakyat dan penduduk di negara ini. Khidmat bakti rakyat dalam semua peringkat dalam menjayakan dari segi membuat persiapan hingga penyediaan kelengkapan adalah suatu pernyataan taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Antara agenda mesyuarat pada hari ini adalah pembubaran Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 72 Tahun Bagi Daerah Belait Tahun 2018 dan seterusnya melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 73 Tahun Bagi Daerah Belait Tahun 2019.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk meneliti dan mengesahkan penyata perbelanjaan sambutan perayaan tahun 2018, ketetapan pelaksanaan acara-acara sambutan serta ketetapan pelaksanaan penyediaan dan pemasangan alat-alat perhiasan dan kelengkapan seperti pintu gerbang, bendera-bendera, lampu-lampu cucul dan kain-kain rentang.

IMG_6209.JPG

Pada mesyuarat itu juga turut dibincangkan Pelaksanaan bagi Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama rakyat dan Penduduk Daerah Belait.

Disamping itu juga mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan Acara-Acara Sambutan Perayaan peringkat kebangsaan seperti Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam, Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Khatam Al-Quran 73 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara.

Diakhir mesyuarat turut dibincangkan Acara-Acara Sampingan Sepanjang Perayaan dan juga Acara-Acara Persembahan Malam Bercorak Keugamaan dan Kebudayaan termasuk kedudukan Pentas Persembahan dan Gerai Perayaan.


Disediakan Oleh : Bahagian Perhubungan Awam, Penyelidikan & Teknologi Maklumat, Jabatan Daerah Belait



Created at 10/04/2019 13:11 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 11/04/2019 09:10 by Mohammad Rushdi Bin Jahis