Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT MENGENAI ASPEK KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN BAGI PENJAJA TAMUNEKA SUNGAI BERA SERIA KUALA BELAIT

IMG_6181 A.jpg

SERIAIsnin 8hb April 2019 - Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan Jabatan Daerah Belait berasama Jabatan Kesihatan Belait dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Belait baru-baru ini telah mengadakan taklimat mengenai aspek keselamatan serta kebersihan jualan makanan dan minuman, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan segar dan runcit khusus untuk penjaja-penjaja Tamuneka Sungai Bera Seria yang berdaftar dibawah kawalan Jabatan Daerah Belait. Taklimat ini diadakan di Dewan Seria, Jabatan Daerah Belait dihadiri seramai 30 orang penjaja semasa sesi taklimat berkenaan. Motif dan peranan bagi mengadakan taklimat ini ialah untuk sama-sama memperingatkan penjaja-penjaja yang berdaftar akan sentiasa mematuhi syarat-syarat berjaja, mematuhi Akta Kesalahan Kecil Penggal 30, tatacara penyediaan jualan makanan dan minuman yang bersih dan cara-cara penggunaan tong gas yang selamat.


IMG_6177 A.jpg

IMG_6179 A.jpg

Pegawai-pegawai daripada Jabatan Daerah Belait menekankan mengenai dengan syarat-syarat agar penjaja-penjaja Tamuneka Sungai Bera Seria sentiasa aktif untuk berniaga dan tidak membiarkan kosong begitu lama. Juga diberikan penerangan mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Kecil penggal 30 iaitu didapati ada penjaja-penjaja Tamuneka Sungai Bera Seria membuang sampah merata-rata dan ada yang pembuangan terus ke longkang-longkang di kawasan berkenaan.

Mengenai ulasan taklimat yang disampaikan oleh Dayang Hajah Norlelawati binti Haji Johari, Pegawai Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Kuala Belait, kesimpulannya ialah  agar penjaja-penjaja sentiasa menjaga kebersihan diri dan jadikan kebersihan sebagai fungsi kehidupan seharian agar sentiasa menjadi sihat malah bebas daripada jangkitan penyakit melalui penglibatan yang aktif dan berterusan terhadap program penjagaan kesihatan. Peranan penting juga bagi setiap penjaja-penjaja Tamuneka Sungai Bera agar memastikan kebersihan di tapak perniagaan sentiasa dibersihkan setiap kali selepas perniagaan dijalankan.

Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Belait turut menyampaikan penerangan isu pencegahan kebakaran mengenai pentingnya keselamatan penyimpanan tong gas. Dalam pada itu diterangkan juga mengenai dengan menanamkan kesedaran serta pendidikan kepada masyarakat tentang perlunya pencegahan kebakaran serta langkah-langkah pro aktif dan peka kepada risiko yang mendatang. Kesimpulannya, mencegah kebakaran adalah lebih baik daripada memadam kebakaran.

Taklimat diakhir dengan sesi soal jawap bersama dengan penjaja-penjaja Tamuneka Sungai Bera Seria yang dibukakan mengenai isu-isu yang ditimbulkan di tempat berniaga. Selain itu juga memberikan peluang kepada mereka memberikan pandangan dan cadangan yang dapat meningkatkan pembaikan Tamu agar memberikan penarikan lebih ramai pengunjung ke Tamuneka Sungai Bera Seria tersebut.

 

Disediakan oleh : Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan


Created at 10/04/2019 12:22 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 10/04/2019 12:31 by Mohammad Rushdi Bin Jahis