Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KEMPEN KEBERSIHAN KAMPUNG RPN LUMUT, MUKIM LIANG

P1.jpg

LUMUT - 18 November 2018 : Penduduk Kampung Rancangan Perumahan Lumut, Mukim Liang meneruskan lagi kempen gotong royong bagi membersihkan Taman Permainan di Kawasan Taman Permainan Zon B, di Jalan Nibong serta Taman Permainan Zon C di Jalan Pakis bermula pada Hari Ahad, 11 November 2018 yang lalu (Fasa Pertama) dan pada Hari Ahad, 18 November 2018 (Fasa Kedua) bermula jam 7 Pagi hingga 11 Pagi.

Aktibiti berkenaan diketuai oleh Pengiran Ahmad Bin Pengiran Haji Mahmud, Pemangku Ketua Kampung RPN Lumut, Mukim Liang.

Gotong Royong ini merupakan inisiatif Ahli-Ahli Jawatankuasa "TaskForce" yang mengandungi seramai 60 Orang dan disertai oleh penduduk-penduduk kampung RPN Lumut , Mukim Liang yang bertujuan  bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bergotong royong serta satu pendekatan untuk melibatkan penduduk kampung terlibat aktif dalam apa jua aktibiti yang diungkayahkan samada dikendalikan oleh pihak kerajaan melalui pihak Majlis Perundingan Mukim/Kampung mahupun dikendalikan oleh pihak Swasta/persendirian amnya.

Melalui pendekatan ini juga, selain memperindahkan persekitaran kampung, aktibiti ini secara tidak langsung boleh memberi kesedaran betapa pentingnya kebersihan di kawasan Mukim atau kampung lebih-lebih lagi di kawasan rumah persendirian atau di kawasan tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh anak-anak buah kampung sebagai contoh di Taman-Taman Permainan Kanak-kanak ataupun di kawasan padang permainan yang terdapat di kampung ini dan hasilnya suasana persekitaran yang sihat dan nyaman mata memandang serta dapat melahirkan sikap untuk sama-sama mengambil berat dan serta bertanggungjawab bagi menjaga kebersihan terutama di kawasan persekitaran termasuklah di kawasan halaman rumah masing-masing.

Islam amat mengutamakan kebersihan menjadikan sebagai amalan hidup seharian. Oleh kerana itu adalah merupakan tanggungjawab penduduk kampung untuk sama-sama menjaga kebersihan Mukim atau kampung dan persekitarannya.

Dengan adanya aktibiti sedemikian ianya dapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi ikatan silaturahim, menyemai hidup rukun damai dan harmoni diantara sesama jiran-jiran tetangga disamping mengamalkan sikap saling menghormati antara satu dengan yang lain dalam suasana hidup bermasyarakat yang terdiri dari berbilang bangsa dan ugama serta menanamkan sikap kekitaan dan pemedulian dikalangan penduduk kampung.

P2.jpg

P3.jpg

P4.jpg

 P5.jpg

Created at 19/11/2018 16:13 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 19/11/2018 16:20 by Mohammad Rushdi Bin Jahis