Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 34 TAHUN

WhatsApp Image 2018-03-13 at 12.03.25 AM (2).jpeg

Kejohanan ini telahpun bermula dari 20 Februari yang lepas dan ianya telah disertai oleh 11 buah pasukan. Antara tujuan mengadakan kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan silaturrahim dikalangan semua pemain badminton khususnya  di Daerah Belait disamping beramah mesra diantara satu sama lain di dalam satu perlawanan. Disamping itu juga, kejohanan ini juga menggalakkan penduduk-penduduk di Daerah Belait menjadi lebih aktif dalam bersukan demi untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan serta membantu perkembangan sukan badminton di daerah ini.

Pada perlawanan akhir ini mempertemukan Suka-Suka 'A' Badminton Team berlawan dengan Bravery. Diakhir perlawanan tetamu kehormat berkesudian untuk menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Hadir sama pada majlis ini ketua-ketua jabatan dan cawangan Daerah Belait, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Pandan 'C' serta peminat-peminat sukan badminton.

Created at 02/05/2018 13:25 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 02/05/2018 13:25 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu