Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KUALA BELAITKU CERIA

xxxxxxx.jpg

Program ini adalah salah satu inisiatif pihak Kerajaan bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan, membuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil (SME), mengurangkan carbon footprint serta menggalakkan cara hidup sihat. Program ini juga telah melibatkan penyertaan daripada beberapa agensi-agensi kerajaan dan swasta serta Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait. Program Kuala Belaitku Ceria ini diadakan di persekitaran Pekan Kuala Belait untuk menarik orang ramai dan juga pelancong untuk berkunjung ke Daerah Belait khususnya Pekan Kuala Belait.

aa.jpg

Kuala Belaitku Ceria telah dirancang dengan berbagai aktiviti termasuklah aktiviti riadah berbasikal mengelilingi kawasan Pekan Kuala Belait dengan melalui Jalan Mackerron, Jalan Sungai, Jalan Bunga Simpur dan Jalan Bunga Raya. Beberapa aktiviti sampingan juga diadakan seperti persembahan dari Pasukan Serunai dan Tambur dari Batalion Ketiga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Royal Gurkha Rifles, senamrobik, persembahan seni silat, jualan-jualan, pameran dari Persatuan-Persatuan Bukan Kerajaan (NGO), pameran dan jualan Satu Kampung Satu Produk (1K1P), pameran kucing dan kereta, dan pameran sains dan robotik dari pihak Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC), Seria.

bbn.jpgTurut serta menyertai acara berbasikal di sini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Othman, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan.

Juga menyertai ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Pegawai Daerah Belait Awang Ridzuan bin Haji Ahmad serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga peduduk Daerah Belait.

sasasasas.jpg 

Adalah diharapkan dengan adanya Program Kuala Belaitku Ceria ianya dapat membantu mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan sambil mengekalkan cara hidup yang sihat dengan cara beriadah bersama keluarga. Dalam masa yang sama program Kuala Belaitku Ceria juga diharapkan akan dapat membantu penduduk dalam meningkatkan perekonomian khususnya peniaga-peniaga kecil dan seterusnya dapat memeriahkan dan menceriakan lagi suasana Pekan Kuala Belait ini.

Created at 13/04/2017 14:23 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 13/04/2017 14:23 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu