Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MESYUARAT JAWATANKUASA TADBIR TERTINGGI

Edit 1.jpg

​Hadir untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut ialah Haji Haris bin Othman, Pegawai Daerah Belait. Hadir sama Ahli-Ahi Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat, Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Hanapi bin Md Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi. Turut hadir ialah Ketua-ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi dan Pengerusi-Pengerusi Acara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-71 Tahun Bagi Bagi Daerah Belait Tahun 2017.

Pada mesyuarat tersebut Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 70 Tahun Bagi Daerah Belait Tahun 2016 telah dibubarkan dan seterusnya Ahli Jawatankuasa Tadbir Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 71 Tahun Bagi Daerah Belait Tahun 2017 dilantik.

Edit 2.jpg

Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan termasuk meneliti dan mengesahkan penyata perbelanjaan sambutan perayaan tahun 2016, ketetapan pelaksanaan acara-acara sambutan serta ketetapan pelaksanaan pembinaan dan pemasangan alat-alat perhiasan dan kelengkapan seperti pintu-pintu gerbang, bendera-bendera, lampu-lampu cucul, perhiasan dan kain-kain rentang.

Pada mesyuarat itu juga turut dibincangkan Pelaksanaan Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Bercemar Duli Ke Daerah Belait

Disamping itu juga mesyuarat turut membincangkan pelaksanaan Acara-Acara Sambutan Perayaan seperti Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam, Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara.

Diakhir mesyuarat turut dibincangkan Acara-Acara Sampingan Sepanjang Perayaan dan juga Acara-Acara Persembahan Malam Bercorak Kebudayaan dan Keugamaan termasuk kedudukan Pentas dan Gerai Perayaan.

Created at 22/02/2017 10:31 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 22/02/2017 10:31 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu