Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT PEMBERIGAAN BAGI AKTIVITI PERNIAGAAN ESTABLISMEN KECANTIKAN DAN KESIHATAN (EKK)

melesen 03.jpg

Kuala Belait, Rabu, 12 Oktober 2016 – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) bersama dengan Jabatan Daerah Belait dan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria mengadakan taklimat bagi memberikan kefahaman kepada peniaga-peniaga mengenai dengan Perintah Establismen  Kecantikan dan Kesihatan, 2016 yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2016.

Menghadiri sesi taklimat berkenaan ialah Awang Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Hasmiron bin Haji Mohd.Taib, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Sarih bin Tabong, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Belait dan Seria serta pegawai-pegawai kanan.

Seramai 100 buah peniaga Establismen Kecantikan dan Kesihatan (EKK) di bawah kawalan Jabatan Daerah Belait dan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria serta dan Ketua-Ketua cawangan Jabatan Kerajaan di Daerah ini turut sama menghadiri dan mendengar taklimat Perintah Establismen Kecantikan dan Kesihatan, 2016. Dalam sesi taklimat ini, memberikan peluang peniaga-peniaga memberikan maklum balas dan kefahaman berkenaan dengan keperluan dalam mengadakan perusahaan berkenaan.

Sesi taklimat disampaikan oleh Awang Abu Bakar bin Haji Abdullah, Penolong Pegawai Bandaran Tingkat 1, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria dengan memberikan memberikan penjelasan tentang tatacara permohonan perniagaan EKK yang baru.  Orang ramai bolehlah mendaftarkan nama-nama perniagaan di Bahagian Pendaftar Nama-Nama Perniagaan dan Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat (ROCBN), Kementerian Kewangan dan mendapatkan Lesen EKK di kaunter Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di ROCBN.  Untuk membaharui, Lesen EKK juga boleh dipohonkan di:

  • Tingkat 1, Bangunan Design dan Teknologi, Simpang 32-37, Business Support Centre (BSC), Kampong Anggerek Desa, Anggerek Desa Technology Park.
  • Kaunter Business Facilitation Centre (BFC) di Ibu Pejabat Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

 Tempoh Lesen Establismen Kecantikan dan Kesihataan dikeluarkan untuk tempoh tiga (3) tahun dari tarikh lesen dikeluarkan dengan bayaran lesen sebanyak $300.00 dan bayaran pentadbiran $2.00. Jika Lesen EKK hilang atau rosak, lesen gantian akan dikenakan sebanyak $10.00.

Disesi taklimat itu juga, peniaga-peniaga dinasihatkan untuk mengikuti syarat dan peraturan Establismen Kecantikan dan Kesihataan 2016 dan agensi penguatkuasaan akan menggunakan sistem "Penilaian Establismen Kecantikan dan Kesihatan (PEKKa)" iaitu borang yang akan digunakan oleh Pegawai yang diberi kuasa di bawah Perintah ini untuk menilai perniagaan semasa menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke premis-premis EKK.

Melesen 01.jpgMelesen 02.jpg

Created at 25/10/2016 13:58 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 07/12/2016 11:44 by Nusratina Binti Hj Md Daud