KUALA BELAIT, Sabtu, 09 November 2019M – Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam Peringkat Negara Tahun 1441H bagi Daerah Belait telah diadakan di Padang Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait.
Tetamu Khas Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah Bin Haji Sulaiman; Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis dimulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Abdul Qayyum Bin Haji Aminuddin; Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait, Peserta Separuh Akhir Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1441H / 2019M. Manakala Bacaan Intisari oleh Yang Mulia Awang Amerul Shah Bin Haji Awang Besar; Nazir Khas, Pejabat Pengajian Islam Daerah Belait dan Peserta Separuh Akhir Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1441H / 2019M.


Tazkirah Khas oleh Yang Mulia Awang Muhammad Arif Bin Haji Johari; Daie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei dan Penceramah Al-Minhaaj Centre, Bertajuk : "Meneladani Muamalat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam".
Tetamu Khas diperkenalkan kepada Ketua-Ketua Pasukan dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada pasukan-pasukan perhimpunan dan perarakan yang mengambil bahagian.





Pada tahun ini sebanyak 49 buah pasukan menyertai perhimpunan dan perarakan dengan jumlah keramaian 4,972 orang.
Para peserta yang mengikuti perarakan ini terdiri daripada pasukan-pasukan beruniform, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, sektor swasta, majlis perundingan mukim dan kampung, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah, persatuan-persatuan dan orang ramai.
Mengiringi aturcara Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bagi Tahun 1441 hijrah ialah Majlis Perhimpunan Wanita Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam Peringkat Daerah Belait dan diadakan di Dewan Persidangan Kuala Belait. Tetamu Khas ialah Yang Mulia Datin Hajah Razina binti Haji Kassim; Isteri Menteri Pendidikan.




Acara dimulakan dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran oleh Yang Mulia Dayang Anis Hazira binti Mohd. Azmi; Pelajar Skim Tilawah Remaja Daerah Belait Tahun 2015.
Ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Hazalina binti Dhalan; Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait selaku Pengerusi Bersama Majlis Perhimpunan Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Majlis diikuti dengan Persembahan Nasyid 'Assalamualaika' oleh Pelajar-pelajar Sekolah Arab Belait.
Ceramah Khas Yang Bertajuk 'Meneladani Muamalat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam' oleh Yang Mulia Ustazah Hajah Zunainah binti Haji Gunung; Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Persembahan Tausyeh oleh Persatuan Belia Belait (PEMBELA).
Persembahan dikir Marhaban oleh Gabungan Ahli-ahli Persatuan-Persatuan Wanita, Biro-biro Wanita, Majlis Perundingan Mukin dan Kampong, Muslimah Masjid dan Saudara-saudara Baru Daerah Belait.
Sayyidul Istighfar da Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Ustazah Hajah Siti Faridah binti Haji Ahmad; Pegawai Pelajaran Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.