Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS BERDIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA KE MASJID DAERAH-DAERAH SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM TAHUN 1441H/2019M

IMG_0169 WB1.png

Seria, Selasa, 29 November 2019 – Rombongan Dikir Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya hari in mengadakan Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallalahu 'Alaihi Wassalam ke Daerah Belait. Mengetuai rombongan ke majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Majlis dikir ini adalah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam bagi tahun 1441H/2019M dan ianya diadakan di Masjid Lorong Tiga Selatan Seria.

 

 

IMG_0146.JPGIMG_0149 WB3.png

Majlis Dikir dimulai selepas Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Rombongan.

Majlis diteruskan dengan dikir Assalamualaika disusuli dengan dikir Bisyahrin dan dikir Alhamd,

Majlis disudahi dengan bacaan dikir Marhaban beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

IMG_0166 WB4.pngIMG_0173 WB5.png

Rombongan berdikir KHEDN akan mengadakan majlis seumpama ini di beberapa masjid yang terpilih di seluruh daerah bagi sama-sama memakmurkan dan mengimarahkan masjid disamping memperbanyakkan dikir dan selawat keatas Nabi Muhammad Sallalahu 'Alaihi Wassalam.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, Yang Mula,  Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Belait dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

Created at 16/12/2019 10:10 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 16/12/2019 10:31 by Mohammad Rushdi Bin Jahis