Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI KE MUKIM-MUKIM BUKIT SAWAT, MELILAS DAN SUKANG, DAERAH BELAIT

IMG_2259WS.jpg

BELAIT, 22OKTOBER – Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini mengadakan lawatan kerja kebeberapa buah mukim dikawasan pendalaman Daerah Belait.

Tujuan lawatan kerja ini antara lain bagi meninjau dan melihat secara dekat mengenai perkembangan dan kemudahan-kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan di daerah ini. Lawatan tersebut juga diharapkan untuk menggalakkan penduduk kampong untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti dan program-program yang boleh menyatupadukan dan memberikan semangat perpaduan dan menggalakkan mereka untuk berkecimpung dalam perekonomian di mana terdapat peluang-peluang yang membolehkan penduduk menggiatkan ekonomi mereka. Lawatan kerja ini akan dapat menjalin silaturahim di antara Ahli Majlis Perundingan Kampung dan pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Belait dengan pimpinan diperingkat akar umbi.

Yang  Berhormat Pehin berserta romongan melawat kekediaman Penghulu Mukim Bukit Sawat, Awang Haji Md Salleh bin Haji Othman, Pemangku Penghulu Mukim Sukang, Haji Mohd Noh bin Datu Maharaja Setia Dian dan Pemangku Ketua Kampung Merangking, Awang Raimey bin Abdullah. Padalawatan-lawatan tersebut Yang Berhormat Pehin beramah mesra dan bertanyakan keadaan dan kesejaheraan penduduk mukim dan kampung masing-masing.

 
IMG_2157WS png.png2197 PNG.png2213 PNG.png2245 PNG2.png
IMG_2231WS PNG.pngIMG_2285 png.png
Yang Berhormat Pehin berserta rombongan juga mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Biadong Ulu, Mukim Sukang dan Julangan Titah Rumah Panjang Melilas, Mukim Melilas. Di rumah-rumah panjang tersebut Yang Berhormat Pehin juga beramah mesra dengan penduduk rumah-rumah panjang berkenaan dan juga melihat hasil-hasil kraftangan yang dihasilkan yang mana kraftangan-kraftangan ini merupakan hasil tangan dari penduduk dan ianya berkualiti tinggi dan menjadi kegemaran pelancong untuk membelinya.
 

Dewan Serbaguna Mukim Bukit Sawat, Dewan Serbaguna Kampung Merangking dan Dewan Serbaguna Mukim Sukang juga turut dilawati oleh Yang Berhotmat Pehin bagi menyaksikan kemudahan-kemudahan yang disediakan di dewan-dewan tersebut seperti gelanggang fultsal dan sepak takraw. Kemudahan-kemudahan tersebut sedikit sebanyak membantu penduduk-penduduk mukim dan kampung untuk mengikuti gaya hidup yang sihat.

IMG_2168WS PNG.pngIMG_2175WS PNG.png

Tapak Projek Penanaman Padi Kandol juga turut dilawati Yang Berhormat Pehin. Tapak penanaman padi baharu ini adalah berikutan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memperkenankan projek pembukaan kawasan baharu ini bagi penanaman padi secara komersial yang berkeluasan 500 hektar, yang akan dilengkapi dengan infrastruktur-infrastruktur yang bersesuaian ketika merasmikan Majlis Ilmu 2018 pada 27 November 2018 yang lalu.

Dengan adanya lawatan kerja seperti ini dihasratkan akan memberi peluang kepada penghulu dan ketua-ketua kampung serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berinteraksi serta bertukar-tukar fikiran dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berserta rombongan mengenai pembangunan dan kesejahteraan penduduk di Daerah Belait.

Infrastruktur kemudahan awam seperti dewan-dewan serbaguna yang disediakan adalah diharapkan supaya penduduk-penduduk kampung dapat menggunakannya bagi memudahkan lagi mengadakan aktiviti-aktiviti samaada berbentuk kemasyarakatan, sosial, sukan dan sebagainya supaya akan dapat lagi meningkatkan perpaduan, persefahaman, keharmonian dan juga kemakmuran penduduk mukim dan kampung. 


Created at 30/11/2019 11:50 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 30/11/2019 13:56 by Mohammad Rushdi Bin Jahis