Sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan
yang diadakan sempena memperingati Hari Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) di Pejabat Perdana Menteri telah menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran
pada 28 September di seluruh negara.
Di Daerah Belait, majlis diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala
Belait. Hadir pada majlis adalah Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan
dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji Muhammad Yusof.


Juga hadir adalah Pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin;
Pengerusi Lembaga Perbandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Ridzuan bin Haji
Ahmad; serta pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan yang berpangkalan
di Daerah Belait.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah, diikuti oleh bacaan
Surah Yasin serta doa khas sempena Hari Perkhidmatan Awam ke-26 yang diketuai
oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Muhammad Jamalul Alam, Awang Akop bin Haji Lamat.