Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PENURUNAN BENDERA NEGARA DI DAERAH BELAIT

HK35_2019Bc.jpg

BELAIT, Isnin, 25 Februari. - Orang ramai khususnya bagi penduduk Daerah Belait hendaklah menurunkan bendera mereka mulai hari ini dan hendaklah melipatnya dengan kemas serta menyimpannya di tempat yang bersesuaian. Sehubungan itu, Upacara Menurunkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2019 menandakan bahawa aturcara sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berakhir.

Upacara Menurunkan Bendera bagi Daerah Belait telah diadakan di kawasan Menara Cendera Kenangan, Kuala Belait yang disaksikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad bersama ketua-ketua jabatan dan Cawangan Daerah Belait, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung, wakil-wakil dari pihak swasta dan wakil dari persatuan-persatuan.

Upacara dimulakan dengan Pasukan Pengibar Bendera Negara Brunei Darussalam bergerak masuk yang terdiri daripada anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.

Kemudian nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dinyanyikan oleh Kumpulan Koir Permata 2.0 dari Mukim Seria, juara Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik Antara Mukim-mukim di Daerah Belait bagi Program Semarak Pengibaran Bendera Negara Brunei Darussalam Negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35 Tahun anjuran Jabatan Penerangan. Selepas menyanyikan lagu kebangsaan, bendera diturunkan oleh Pasukan Pengibar Bendera dan diserahkan kepada Pemangku Pegawai Daerah Belait untuk disimpan. Majlis disudahi dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Imam Masjid Sungai Liang, Awang Mohamad Ikhwan bin Irwandy.


Created at 04/03/2019 16:46 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 04/03/2019 16:46 by Mohammad Rushdi Bin Jahis