Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

HARI BERTINDAK 2018 PERINGKAT DAERAH BELAIT

LOGO DOA 3A FOR WEBSITE 3.jpg

Kuala Belait – 9 Disember – Jabatan Daerah Beliat dan Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait dengan kerjasama beberapa agensi-agensi kerajaan dan swasta serta persatuan-persatuan bukan kerajaan hari ini mengendalikan Kempen Hari Bertindak 2018 atau 'Day of Action (DoA)'. Kempen ini adalah bersempena dengan Sambutan Hari Sukarelawan Atarabangsa 2018 yang mana beberapa aktiviti kesukarelawanan yang berbentuk kerja-kerja kemasyarakatan diadakan.

Bagi Daerah Belait, Kempen Hari Bertindak 2018 (DoA) ini diadakan di setiap mukim dan kampung yang mana setiap kampung mengadakan kempen-kempen dan membantu masyarakat yang memerlukan.

 

IMG_5586.JPGIMG_5603A.jpg

Tumpuan utama bagi program ini adalah di Taman Riadah Jubli Emas, Jalan Maulana, Kuala Belait. Hadir untuk merasmikan dan memulakan program ini ialah Yang Mulia, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Belait. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa yang diketuai oleh Yang Mulia, Awang Haji Omar Ali bin Haji Mohd Hussain, Imam Masjid Kampung Sungai Teraban. Dalam majlis tersebut Pemangku Pegawai Daerah Belait menyerahkan bantuan kepada beberapa orang yang memerlukan bantuan sebagai tanda memulakan Kempen Hari Bertindak 2018 (DoA) peringkat Daerah Belait.

Aktiviti ini merupakan satu mandat dari pertubuhan bangsa-bagsa bersatu yang diadakan pada setiap 5 Disember. Ianya merupakan satu "platform" bagi sukarelawan dan organisasi untuk menghargai dan meraikan usaha-usaha mereka selain mempromosikan nilai-nilai serta kerja sukarelawan yang telah dilaksanakan di kalangan komuniti, pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta dan pihak kerajaan.

Adalah diharapkan melalui program seumpama ini akan dapat menarik lebih ramai penyertaan serta mengembangkan program atau aktiviti sukarelawan dikalangan semua lapisan masyarakat di Daerah Belait disamping dapat menjalinkan ikatan di antara pelbagai agensi terutama yang berkaitan dengan kempen sukarelawan di Negara Brunei Darussalam dan juga diharapkan program seperti ini akan berterusan dan tidak berhenti pada hari itu sahaja.

Pada program tersebut sebanyak 23 jenis aktiviti-aktiviti kesukarelawan termasuk yang dikendalikan oleh pihak Majlis-Majlis Perundingan Kampung Daerah Belait seperti kempen kebersihan di sepanjang Jalan Maulana, kawasan persisiran pantai di Taman Jubli Perak, kawasan persekitaran Taman Riadah Jubli Emas (X25) di Jalan Maulana, Kuala Belait, kawasan Peranginan Pantai Sungai Liang dan kawasan-kawasan Perumahan Negara Kampung Pandan, Mukim Kuala Belait dan Lumut, Mukim Liang.

 

IMG_5612A.jpgIMG_5613A.jpgIMG_5616A.jpg

Disamping itu ada beberapa aktiviti sukarelawan yang tidak kalah menarik perhatian ialah seperti kempen kebersihan masjid-masjid, bantuan catuan makanan, mengajar berenang untuk kanak-kanak dan membersihkan rumah orang-orang tua.

Tema sambutan pada tahun ini ialah "kesukarelawan membina masyarakat yang berdaya tahan" yang mana kempen ini memfokuskan kepada usaha dan sumbangan sukarelawan tempatan di dalam sama-sama membangunkan masyarakat atau komuniti setempat.

 

Created at 10/12/2018 11:08 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 12/12/2018 14:10 by Mohammad Rushdi Bin Jahis