Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

CERAMAH KESELAMATAN SIBER BAGI DAERAH BELAIT

IMG_5319B.jpg


Pihak ITPSS melalu BruCERT telah mengadakan ceramah Keselamatan Siber Bagi Daerah Belait. Ceramah ini diadakan pada 10 Oktober 2018 di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait. 

Antara yang hadir pada ceramah tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang/Pemangku Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Awang Hanapi bin Md Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi/Ketua Kampung Labi I. Turut hadir sama ialah Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Rumah Panjang, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Belait.

Ceramah ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai bahawa Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada isu-isu jenayah siber seperti Sextortion, Sexual Grooming, Online Scam, SMS Scam, Online Predator, pengedaran maklumat palsu atau tidak sahih dan lain-lain. Ianya juga bertujuan untuk memberi maklumat yang terkini serta cara-cara untuk mencegah daripada menjadi mangsa jenayah atau ancaman siber dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.


IMG_5329B.jpg


Created at 30/10/2018 12:34 by Mohammad Rushdi Bin Jahis
Last modified at 30/10/2018 12:47 by Mohammad Rushdi Bin Jahis