Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-34, TAHUN

IMG_4763.JPG

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Dato Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri Tenaga dan Perindustrian, Negara Brunei Darussalam.

Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya' diimamkan Awang Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

Bacaan Do'a kesyukuran dibacakan oleh Awang Haji Asminan bin Haji Chuchu, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait.

IMG_4756.JPG

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang, Yang Berhormat Hanapi bin Mohd Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi. Hadir sama Haji Abd Kahar bin Haji Hussin, Pegawai Utama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Amiruddin bin Haji Mohammad Hassan, Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Abdol Hazis bin Haji Ahad, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Pengetua-Pengetua Maktab/Sekolah Menengah Kerajaan dan Bukan Kerajaan, Guru-Guru Besar Sekolah Rendah Kerajaan dan Bukan Kerajaan Daerah Belait, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kerajaan Daerah Belait, Pegawai dan Kakitangan Syarikat-Syarikat Swasta serta Ahli Takmir Masjid Muhammad Jamalul Alam

Created at 28/04/2018 13:58 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 28/04/2018 13:58 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu