Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM PERINGKAT DAERAH BELAIT 1439H/2017M

DSC00187.JPG

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Ahmad Zulwaqar Bin Suhaili Johan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara Ke-8 bagi Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi.

Majlis juga diserikan dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Yang Mulia, Awang Haji Muhammad Nazir Bin Haji Othman Pegawai Perkembangan Ugama Pesat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei  dan juga Persembahan Dikir Marhaban yang dipersembahkan oleh gabungan Pegawai-Pegawai Masjid, Guru-Guru Ugama & Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Daerah Belait.

Pada majlis tersebut Tetamu Khas juga diperkenalkan kepada Ketua-Ketua Pasukan dan seterusnya menyampaikan Sijil Penyertaan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Seramai 43 buah pasukan yang mengandungi lebih kurang 4,236 orang peserta telah menyertai sambutan maulud ini.

DSC00126.JPG

Sebelum perarakan mengelilingi Pekan Belait dimulakan Bacaan Doa Selamat dan Seruan Tiga Kali Selawat dipimpin oleh Imam Mohd Shahirwandy Bin Samsudin Imam Masjid STKRJ Lorong 3 Selatan, Seria.

Perarakan sejauh 3.4 kilometer dimulai dari Padang Bandaran, seterusnya melalui Jalan Maulana dan memasuki Jalan Panglima, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato Shahbandar, Jalan Sultan dan seterusnya perarakan berakhir Padang Bandaran.

Semasa pasukan-pasukan perarakan mengelilingi Pekan Belait, persembahan tausyeh diadakan di pentas persembahan yang dipersembahkan oleh Kumpulan Nasyid Fitrah.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Hanapi bin Mohd Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi Turut hadir ialah, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Kana Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Jabatan Kerajaan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Pengurus-Pengurus dan Wakil Pengurus-Pengurus Syarikat Swasta, Persatuan-Persatuan serta peserta-peserta perarakan.

Merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam termasuk daripada perkara yang membesarkan dan memuliakan baginda. Dijanjikan kejayaan dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya.

Firman Allah Ta'ala:

"Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur'an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan."

(Surah Al-A'araf, ayat 157).

Tema sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam tahun ini ialah "RASULULLAH QUDWAH PEMIMPIN ADIL".

Created at 10/02/2018 15:56 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 10/02/2018 15:56 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu