Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENAIKI TAKHTA

IMG_3903.JPG

Majlis bertujuan bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, semoga Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia, sihat walafiat dan sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Ianya juga sebagai tanda syukur rakyat serta penduduk negara khususnya Daerah Belait ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat juga kurnia-Nya menjadikan Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera di bawah kepimpinan bijaksana baginda.

Disamping itu majlis diungkayahkan bagi memohon keberkatan agar Negara Brunei Darussalam sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala serta memohon kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kekal Karar diatas singgahsana kerajaan.

Acara dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Imam Akop bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah al-Waqi'ah dan Surah al-Mulk yang diketuai oleh Haji Mohd Alias bin Bakar, Imam Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait

Bagi memohon keberkatkan Majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Imam Akop bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

IMG_3896.JPG

Kemudian disusuli dengan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah yang diimamkan oleh Imam Akop bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awag Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang dan Awang Hanapi bin Mohd Siput, selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi, Yang Mulia Awang Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Pegawai dan Kakitangan Kerajaan, Anggota-Anggota Beruniform serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Belait

Created at 10/02/2018 15:36 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 10/02/2018 15:39 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu