Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS BERDIKIR ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA KE MASJID DAERAH-DAERAH SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM TAHUN 1439H/2017M

DSC02210 (2).jpg

Sebaik saja selesai Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, Majlis Dikir dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat.

Majlis diteruskan dengan dikir Assalamualaika yang disampaikan oleh Takmir Masjid Lorong Tiga dan disusuli dengan dikir Bisyahrin oleh Jabatan Penjara dan dikir Alhamd oleh Ahli Majlis Perundingan Mukim Seria.

Majlis disudahi dengan bacaan dikir Marhaban beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Dikir dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam sebelum Sembahyang Isyak Berjemaah.

DSC02134 (2).jpg

Rombongan dikir KHEDN juga telah mengadakan majlis seumpama ini di beberapa masjid yang terpilih di seluruh daerah bagi sama-sama memakmurkan dan mengimarahkan masjid disamping memperbanyakkan dikir dan selawat keatas Nabi Muhammad Sallalahu 'Alaihi Wassalam.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, Yang Mulia Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Pegawai-Pegawai Kanan KHEDN, Ketua-Ketua Jabatan di bawah KHEDN dan Cawangan di Daerah Belait, pegawai dan kakitangan di KHEDN, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung serta Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.

Created at 10/02/2018 15:33 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 10/02/2018 15:33 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu