Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PELANCARAN MEMULAKAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

0H6A0536.JPG

Majlis Khatam Al Quran 71 Kali Khatam tersebut adalah bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala. Disamping itu, Majlis ini diadakan bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat dan nikmatNya menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Ianya juga diadakan bagi mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya celik Al-Qur'an.

0H6A0545.JPG

Peserta-peserta bagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di keempat-empat daerah seluruh negara mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliwanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili daripada Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-Sekolah Ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun serta penuntut-penuntut sekolah seluruh negara daripada Kementerian Pendidikan yang berjumlah keseluruhan 1,708 orang peserta.

Bagi Daerah Belait, Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 71 Kali Khatam tersebut telah diadakan di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait, Daerah Belait.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Mohd Riza Bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir sama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Belait, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah, Pegawai-Pegawai Ugama, Bilal-Bilal, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.

0H6A0550.JPG

Pada tahun ini, bagi Daerah Belait, penyertaan adalah berjumlah seramai 412 orang yang terdiri daripada:

1. Lelaki Dewasa 35 orang

2. Wanita Dewasa 35 orang

3. Belia 35 orang

4. Beliawanis 35 orang

5. Kanak-Kanak lelaki 86 orang

6. Kanak-Kanak perempuan 86 orang

7. Pelajar Kementerian Pendidikan (Lelaki) 50 orang

8. Pelajar Kementerian Pendidikan (Perempuan) 50 orang

Majlis bermula dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat dengan niat khas Pembacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung Dan Penuntut-Penuntut Sekolah Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-71 Bagi Tahun 2017 dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari Juz Pertama dimulakan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa khusus bagi memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala.

Created at 13/04/2017 14:04 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 13/04/2017 14:05 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu