Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-33 BAGI DAERAH BELAIT TAHUN 2017

IMG_6040.JPG

IMG_6064.JPGHadir menyaksikan acara tersebut ialah Yang Mulia, Haji Haris bin Othman, Pegawai Daerah Belait.

Majlis dimulakan dengan kehadiran peserta konvoi pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Mohammad  Abdul  Hadi  bin  Haji  Mohammad  Syarifuddin, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Peserta konvoi yang terdiri dari ahli-ahli Persatuan Pengembara Daerah Belait, Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB), Kumpulan TTK 4X4 Kuala Belait, Kumpulan XPDC Bermotor Daerah Belait dan Kumpulan Pemilik Skuter Daerah Belait telah memulakan konvoi dari Balai Bomba Sungai Liang bergerak menuju ke Taman Persiaran Cendera Kenangan dengan melalui jalan-jalan yang strategik di derah ini sebagai cara untuk memberigakan kepada seluruh penduduk Daerah Belait supaya mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman mereka dan syarikat-syarikat mereka.

Di Taman Persiaran Cendera Kenangan, rombongan disambut oleh pembawa bendera yang terdiri dari Kadet-Kadet Polis, Kadet-Kadet Tentera dan Kadet-Kadet Bomba sekolah-sekolah Daerah Belait.

Sebaik sahaja rombongan tiba, bacaan Surah Al-Fatihah dan Bacaan Doa Selamat diketuai oleh Awang Akop bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait bagi memohon kepada Allah SWT agar Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 mendapat keberkatan dan rahmat dariNya.

IMG_6066.JPG Pegawai Daerah Belait seterusnya menyerahkan Bendera Besar kepada Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Kuala Belait untuk dikibarkan.

Upacara Menaikkan Bendera diiringi dengan Lagu "Allah Peliharakan Sultan" dan seterusnya persembahan lagu "Bendera Negara" dari penuntut-penuntut Sekolah Menengah Perdana Wazir dan Sekolah Menengah Sayyidina Ali.

Selesai sahaja persembahan, Pegawai Daerah Belait menyerahkan bendera-bendera Negara Brunei Darussalam kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Belait ini untuk dikibarkan di Mukim masing-masing.

Sesudah Pegawai Daerah Belait menyerahkan bendera-bendera kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Belait, beliau seterusnya menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam kepada wakil peserta Program Belia Cinta Tanahair yang mana mereka akan membuat kerja-kerja kesukarelawan dan mengikuti perbarisan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan

Salah satu peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk Negara ini secara individu dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ialah mengibarkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di halaman rumah masing-masing, iaitu sebagai simbol taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menurunkannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait, Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang dan Hanapi bin Md Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi. Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Belait, Ketua-Ketua Syarikat, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Di Daerah Belait serta Ahli-Ahli Persatuan.

Created at 22/02/2017 14:49 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 22/02/2017 14:49 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu