Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Mukim-Mukim Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun 2017 bagi Daerah Belait

eaeaea.jpg

​Hadir selaku tetamu kehormat, Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman yang juga menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan.

Pada majlis itu, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan selaku Pengerusi Majlis Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Mukim-Mukim Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun 2017 bagi Daerah Belait, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar berkata, dalam ucapan alu-aluannya menyatakan antara objektif pertandingan adalah untuk meningkatkan semangat patrotisme dalam kalangan penduduk mukim dan kampung.

Ia juga dihasrat sebagai platform bagi penyanyi berkumpulan terus berkarya, di samping dapat mengisi ruang dan peluang dalam program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan bagi memupuk semangat berdaya saing dan patriotik melalui lagu-lagu yang dipertandingkan dan meningkatkan kesedaran bernegara melalui penghayatan berbentuk hiburan yang terpimpin.

Pertandingan yang diadakan buat kali kedua itu diharap akan dapat menjadi platform atau landasan dalam mencungkil dan menggilap bakat dalam kalangan penduduk.

edit 2.jpg

Pada pertandingan itu, Kumpulan Koir Wardah, Mukim Belait dengan tajuk lagu 'Tanah Airku' muncul juara dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah BND1,500 dan sijil penyertaan.

Naib johan disandang oleh Kumpulan Koir Esjayes, Mukim Kuala Belait, yang membawa wang tunai BND1,300 dan sijil penyertaan, sementara pemenang ketiga disandang oleh Kumpulan Koir Putera Puteri Jefri Bolkiah dengan tajuk lagu 'Brunei Bumi Bertuah' yang membawa pulang wang tunai BND1,000 dan sijil penyertaan.

naib johan.jpg

Manakala tiga kumpulan pemenang hadiah saguhati masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai BND500 berserta sijil penyertaan.

Persembahan koir jemputan dari Kumpulan Koir Sekolah Saint John Kuala Belait turut menyerikan lagi acara pada hari itu.

Para hakim pertandingan terdiri daripada Ketua Unit Orkestra Radio Televisyen Brunei, Awang Eddy Misuari bin Awang Zaini dan Pemangku Pengarah Pencaragam, Pasuka Polis Diraja Brunei, Pengiran Shaiful Rezal Malik Faesal bin Pengiran Haji Marali. Penghakiman dinilai dari sudut suara, tempo, persembahan, kreativiti dan harmoni kumpulan koir.

Kumpulan-kumpulan koir boleh digunakan bagi acara-acara kenegaraan yang diungkayahkan oleh mana-mana Majlis Perundingan Mukim (MPM) dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) serta jabatan juga kementerian kerajaan.

Pertandingan turut diadakan di ketiga-tiga daerah, iaitu bermula kelmarin pada Isnin, 6 Februari 2017 bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, Daerah Brunei dan Muara; pada  Rabu, 8 Februari 2017 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong; dan pada Sabtu, 11 Februari 2017 bertempat di Dewan Kemasyarakatan Belalong, Daerah Temburong.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, selaku Penghulu Mukim  Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, selaku Ketua Kampung Labi I.

Created at 18/02/2017 16:14 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 18/02/2017 16:14 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu