Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Perasmian Pusat Bestari Mukim Liang

P8-1A_6217 edit.jpg

Dengan wujudnya Pusat Masyarakat Bestari itu diharap akan berkembang dengan penyediaan perkhidmatan perpustakaan pada Pusat Kecemerlangan Masyarakat dalam pelbagai bidang.

Pusat itu turut dijadikan sebagai sumber ilmu dengan menyediakan pelbagai aktiviti lain terutama sekali untuk kanak-kanak serta belia agar lebih cenderung pada aktiviti yang positif dan membangun minda dari yang negatif.

Ia berfungsi bukan hanya setakat sebagai perpustakaan dan tempat untuk meminjam buku, malahan ia juga boleh dijadikan sebagai sumber ilmu untuk masyarakat mendapatkan pembelajaran dan ilmu sepanjang hayat dari sumber tradisi seperti buku dan majalah serta media cetak ke sumber moden, yakni internet dan komputer.

Pada perasmian itu juga, Yang Berhormat menderma buku ke Pusat Komuniti Bestari bagi menggalakkan budaya menderma dalam kalangan masyarakat Brunei.

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengajak orang ramai singgah ke Pusat Masyarakat Bestari khususnya bagi penduduk Kampung Lumut I, Mukim Liang dalam sama-sama merealisasikan pertemuan di kawasan kejiranan memandangkan ada segelintir masyarakat sukar untuk bertegur sapa dalam era ledakan teknologi maklumat.

Pusat Masyarakat Bestari mengatur beberapa langkah melibatkan diri dalam penganjuran projek-projek KKBS, yang mana antaranya Bulan Bahasa, Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca dengan penyertaan meluas seluruh strata masyarakat kampung.

Yang Berhormat ketika ditemu bual Pelita Brunei berkata, sejajar dengan usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Wawasan 2035 yang akan melahirkan belia berilmu dan berpendidikan tinggi, maka budaya membaca seawal mungkin yang telah diungkayahkan seumpama ini, dihasrat akan dapat dimanfaatkan oleh komuniti di kawasan itu juga oleh sesiapa sahaja yang singgah.

Yang Berhormat menambah, menimba ilmu bermula dari membaca, mengira dan menulis serta harus ditanam seawal mungkin. Mukim-mukim serta kampung-kampung lain juga adalah dialu-alukan untuk sama-sama membuka Pusat Masyarakat Bestari seumpama itu.

Pelita Brunei juga menemu bual Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin selaku Penghulu Mukim Liang berkata, dengan adanya kualiti kehidupan, kawasan kejiranan di kampung ini dijangka bertambah kerana masing-masing akan mengambil inisiatif untuk menjaga harta bersama itu terutama mengelak vandalisme. Interaksi sesama mereka juga dijangka bertambah baik dan masing-masing menggunakan Pusat Masyarakat Bestari sebagai alasan untuk keluar berjumpa serta meminjam buku yang sering sahaja bertukar ganti melalui budaya berkongsi bahan bacaan.

P8-1B_6217.jpg

''Saya juga menyeru agar masyarakat setempat akan mengambil peluang untuk sama-sama menggunakan Pusat Masyarakat Bestari yang telah disediakan ini dengan sebaik-baiknya dan memanfaatkannya sebagai tempat menimba ilmu yang berkesan,'' ujarnya.

Pusat Masyarakat Bestari itu merupakan usaha yang telah diungkayahkan oleh mantan Ahli Majlis Mesyuarat Negara musim lalu.

KKBS berharap pengurusan yang baik terhadap Pusat Masyarakat Bestari melalui keterlibatan orang kampung mampu mendatangkan pulangan dalam bentuk kepuasan memberikan dan menambahkan nilai pada Pusat Masyarakat Bestari ke arah kadar literasi serta amalan membaca yang amat tinggi, budaya murah hati dan suka memberikan derma (khususnya buku) serta sikap menghormati buku dalam semua keadaan.

 

Created at 18/02/2017 16:01 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu
Last modified at 18/02/2017 16:02 by Hj Abd Aziz Bin Hj Mohamad @ Md.sabtu